BENCANA ALAM


    Banjir



Banjir ditakrifkan sebagai limpahan air dari tebing- tebing sistem saliran yang boleh menyebabkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula, banjir bermaksud keadaan air menenggalami atau menggenangi kawasan yang luas.



Di Malaysia, bencana banjir yang melanda boleh dikategorikan kepada banjir kilat atau rebut tropika dan banjir monsoon. Banjir kilat biasanya berlaku apabila hujan lebih lebat daripada biasa berlaku dalam tempoh yang tertentu. Banjir kilat akan surut dalam masa yang singkat. Banjir monsoon pula berlaku dalam tempoh spesifik seperti musim Monsun Timur Laut ( Oktober hingga Februari) dan Monsun Barat Daya ( Mei hingga Ogos). Banjir Monsun Timur Laut melanda pantai barat semenanjung Malaysia dan banjir Monsun Barat Daya pula akan melanda seluruh Negara termasuklah Sabah dan Sarawak.



Punca- punca Banjir



Sebagai sebuah Negara yang beriklim tropika, kejadian banjir di Malaysia sentiasa berlaku setiap tahun. Hanya lokasi dan negeri yang mengalami banjir bertukar

mengikut kekerapan hujan yang diterima.



Kekerapan hujan yang turun kini tidak lagi mampu ditampung oleh takungan air akibat kepesatan pembangunan. Jika masalah pengurusan air tidak ditangani dengan cara yang betul, rakyat akan terus berhadapan dengan masalah banjir. Bagi mengatasi masalah ini, adalah penting bagi semua pihak memahami punca berlakunya banjir.



Terdapat enam punca yang boleh menyebabkan banjir berlaku, iaitu

1. Hujan lebat sepanjang tahun
2. Proses pembandaran
3. Pemusnahan kawasan hutan
4. Pemendapan kelodak di dasar yang tidak dirancang
5. Pembungan sampah sarap ke dalam sungai
6. Sistem peparitan dan saliran yang tidak dirancang





Kesan- kesan Banjir



Banjir merupakan isu yang hangat diperkatakan terutamanya apabila musim hujan. Hujan yang berterusan membawa kepada pelbagai kesan terutamanya kepada manusia, infrastruktur dan sebagainya. Ini mengganggu kehidupan normal manusia untuk menjalankan aktiviti- ativiti harian di samping menanggung kerugian akibat kerosakan harta benda.





Antara implikasi kejadian banjir ialah:

1. Kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa
2. Kemusnahan hasil tanaman dan binatang ternakan
3. Kerugian pihak kerajaan
4. Pencemaran
5. Penyakit



Tsunami













Sambutan tahun baru 2005 diselubungi suasana muram dan sedih tatkala pada 26 Disember 2004, beberapa buah Negara telah dilanda bencana alam yang sungguh dahsyat. Bencana tsunami yang melanda begitu mengejutkan seluruh Negara dan dunia amnya. Banyak Negara Asia yang terlibat termasuk Malaysia, India, Indonesia, Thailand, Maldices, dan Sri Lanka. Bencana yang mengorbankan 68 orang rakyat Malaysia merupakan bencana yang pertama kali melanda Negara kita.



Bencana gelombang besar atau tsunami ini tidak pernah terduga oleh setiap penduduk di Negara yang terlibat, terutamanya Malaysia. Ini kerana kedudukan Malaysia yang bebas dari lingkaran gempa bumi yang mampu mencetuskan tsunami berbanding Indonesia dan Jepun.



Kejadian tsunami ini telah menimbulkan pelbagai andaian dan tafsiran berhubung punca kejadian dan sebab tsunami berlaku. Walau apapun tafsiran dan pendapat yang diutarakan, kejadian ngeri ini telah memberi kesan yang mendalam kepada kita semua.



Maksud tsunami



Tsunami berasal dari bahasa Jepun, iaitu ‘tsu’ bermaksud pelabuhan dan ‘nami’ bermaksud gelombang. Jadi, tsunami dalam bahasa Jepun adalah bermaksud gelombang pelabuhan. Dalam bahasa Inggeris pula, tsunami dikenali sebagai tidal wave yang bermaksud ombak pasang surut. Tsunami juga disebut sebagai gelombang laut seismic (seismic sea waves) yang membawa maksud gelombang laut akibat gempa.



Tsunami merupakan gelombang besar yang disebabkan oleh kejadian gempa bumi yang terjadi di dasar laut. Tsunami juga berlaku disebabkan oleh kejadian tanah runtuh, ledakan aktiviti gunung berapi, dan juga hentaman bahan kosmik seperti meteor di dalam atau berhampiran dengan laut.



Di Indonesia, kawasan yang sering dilanda tsunami adalah pantai selatan Jawa Barat, pantai selatan Cilacap, dan pantai selatan Jawa timur. Sejak tahun 1990, Indonesia mencatat 15 kali bencana tsunami yang berlaku di sepanjang zon mendak serta zon aktif seismic. Tidak semua gempa akan menimbulkan tsunami. Syarat terjadinya tsunami ialah:



a) Pusat gempa berada di bawah laut

b) Pusat gempa berkisar antara 0 hingga 30 km (biasanya dikenali sebagai gempa dangkal)

c) Magnitud gempa yang terjadi biasanya lebih besar daripada 6 pada skala Richter



Jenis- jenis Tsunami



Jenis- jenis tsunami yang berlaku berganting kepada waktu terjadinya tsunami selepas gempa berlaku. Terdapat tiga jenis tsunami yang dikategorikan berdasarkan waktu, iaitu

Tsunami jarak dekat



Tsunami jarak dekat terjadi antara 0 hingga 30 minit selepas gempa. Jarak pusat gempa ke lokasi adalah sejauh 200 km. Besar kemungkinan, gempa ini dapat dirasai oleh penduduk yang tinggal; di sekitar kawasan gempa. Malah, gempa ini dapat merosakkan bangunan. Tanda- tanda sebelum terjadi tsunami adalah getaran kuat dan diikuti oleh pasang surut air- laut. Tanda- tanda ini dapat dikesan dengan peralatan yang dilengkapi dengan sistem amaran seperti alat yang dipanggil Accelerograph dan Tidal Gauge.



Accelerograph juga dikenali sebagai strong motion seismograph kerana ia dipasang untuk menyukat getaran gempa yang kuat sahaja. Getasan lemah yang tidak dapat dirasai oleh manusia tidak dirakam dan tidak diperlukan. Accelerograph dilengkapi dengan loceng kecemasan dan sistem komunikasi untuk menyebarkan maklumat kepada orang ramai, pusat kawalan, dan penyelenggaran jarak jauh.



Tidal Gauge digunakan untuk mengukur perubahan di permukaan laut. Perubahan ini biasanya disebabkan oleh pasang surut air laut, tiupan angina, dan tsunami.



Tsunami jarak menengah



Tsunami jarak menengah terjadi antara 30 minit hingga dua jam selapas gempa. Jarak pusat gempa ke lokasi adalah sejauh 200km hingga 1000km. Tanda- tanda sebelumter jadinya tsunami adalah gempa yang kuat dan diikuti pasang surut air laut.



Tsunami jarak jauh



Tsunami jarak jauh terjadi lebih dari dua jam selepas gempa. Jarak pusat gempa ke lokasi adalah melebihi 1000km. Tanda- tanda sebelum terjadinya tsunami adalah gempa yang kuat dan diikuti pasang surut air laut.



Punca- punca Tsunami



Kejadian tsunami yang berlaku akibat gempa bumi dikatakan sering berlaku di kawasan zon terbenam atau subduction zones. Kepingan kerak bumi atau lithosphere yang dikenali sebagai plat tektonik bertembung sesama sendiri menyebabkan satu daripada plat tersebut terbenam di bawah plat yang satu lagi. Plat tektonik yang berada di lapisan kerak bumi sentiasa bergerak dengan perlahan-lahan pada setiap masa.



Apabila kepingan kerak bumi terbenam ke dasar, pergerakannya tersekat- sekat sebelum berlaku gelinciran. Kepingan kerak bumi alan mewujudkan tenaga dan tenaga akan tertolak ke atas sehingga meletuskan gempa bumi di dasar laut. Biasanya, kekuatan tenaga yang tertolak ke atas dari kerak bumi bergantung kepada sejauh mana kuatnya pergerakan plat yang berlaku.



Mengikut teori seismologi, tenaga akan tertolak ke atas apabila berlaku sesuatu pergerakan, pergeseran atau pertembungan antara plat di bawah lapisan kerak bumi sehingga menyebabkan gempa bumi sama ada di bawah atau di atas paras laut. Seketika selepas gemnpa bumi berlaku, air yang tertolak akan membentuk gelombang dan tsunami pun terhasil.



Apabila tsunami sampai ke pantai, ia bergerak perlahan kerana keadaan dasar laut di tepi pantai yang agak cetek. Walaupun bergerak perlahan, tsunami diiringi oleh peningkatan dalam ketinggian gelombang. Ombak tersebut akan terhimpit antara satu sama lain. Bergantung kepada jenis punca tsunami akan menjadi seolah- olah ‘tersedut’ sehingga menyebabkan air laut surut dan ikan tertinggal di dasar lautan.



Namun, selepas itu tsunami akan daaing semula dalam bentuk gelombang yang lebih tinggi dan besar serta ‘memuntahkan’ semua air yang disedutnya ke pantai. Kekuatan tsunami yang melanda pantai berganting kepada persisiran pantai, sama ada landai atau laut le[as. Jika pantai landai, kesan kerosakan akibat tsunami mungkin berkurangan berbanding dengan pantai di kawasan laut lepas.



Kejadian gempa bumi yang berlaku di dasar laut sukar untuk dikesan lebih awal. Walau bagaimanapun, beberapa petanda dikenal pasti wujud sebelum tsunami berlaku.



Kesan- kesan Tsunami

Tsunami boleh membawa banyak kesan yang buruk kepada semua hidupan, terutamanya manusia. Antara kesan- kesan tsunami ialah:



a) Kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa

b) Kemusnahan hasil tanaman dan binatang ternakan

c) Kerugian pihak kerajaan

d) Pencemaran

e) Penyakit



Ribut Taufan












Ribut tropika merupakan nama umum yang merujuk hepada ribut kuat yang berputar dengan diameter beberapa ratus kilometer. Ribut ini terbentuk dan bermula di kawasan perairan tropila atau sub- tropika.



Kawasan- kawasan yang berlainan mempunyai nama yang tersendiri untuk fenomena rebut tropika. Sebagai contoh, rebut tropika dikenali sebagai hurricane di Atlantik Utara, typhoo di Pasifik, siklon tropika atau taufan di Asia Tenggara, Chubaso di Filipina, dan Willy Willies di Australia. Imej satelit tropika menyerupai sebuah sistem gegelung yang ketat dengan kelompok awan yang berlingkar ke arah gegelung tersebut.



Terdapat beberapa peringkat perkembangan dalam pembentukan siklon tropika. Peringkat pertama dengan lekukan tropika apabila beberapa rebut petir yang berasingan berkumpul di bawah keadaan atmosfera dan perairan yang sesuai untuk tempoh masa yang tertentu.



Kelajuan angina maksima lekukan tropika adalah 63 kilometer per jam (km/j). Imej satelit lekukan tropika tidak menunjukkan sebarang organisasi yang jelas berbanding peringkat- peringkat yang seterusnya. Lekukan tropika yang lebih intensif dengan kelajuan angin maksimum antara 64 hingga 117km/j dikatakan telah memasuki peringkat kedua, iaitu ribut tropika.



Perkembangan ini mengambil tempoh masa antara setengah hari hingga dua hari dan ribut tropika tersebut diberi nama pada peringkat ini. Imej satelit ribut tropika akan memaparkan putaran yang lebih teratur dan bentuk lingkaran yang kelihatan lebih jelas.



Ribut tropika seterusnya dikategorikan sebagai ribut taufan apabila kelajuan angin maksimum menigkat melebihi 118 km/j berikutan pengurangan dalam tekanan permukaan. Rotasi arah jam yang ketara terbentuik di sekeliling bahagian terasnya dan sebuah bintik gelap kelihatan di tengah- tengah ribut taufan. Ini merupakan mata ribut taufan dan merupakan kawasan yang paling tenang dalam sistem tersebut. Kawasan dinding mata di sekeliling mata mengalami angin yang amat kencang serta hujan lebat.



Ribut taufan boleh dikelaskan mengikut kelajuan angin pada skala Saffir- Simpson yang dibentuk pada 1969. Skala ini terbahagi kepada kategori satu hingga lima, di mana lima melambangkan ribut yang paling dahsyat. Ribut taufan boleh berlanjutan selama dua minggu di bawah keadaan atmosfera yang sesuai.



Namun, ribut taufan akan hilang kelajuannya apabila sampai ke perairan atau daratan yang lebih tinggi suhunya.



Walaupun ini menggambarkan keseluruhan proses penjanaan ribut taufan, perlu diingat bahawa setiap lekukan tropika tidak semestinya berkembang menjadi ribut taufan.



Kesan- kesan Siklon Tropika



Siklon tropika boleh membawa banyak kesan buruk kepada semua hidupan, termasuklah manusia sendiri. Antara kesan- kesan siklon tropika ialah



1. Menjejaskan aktiviti perkapalan
2. Merosakaan kenderaan. Bangunan, jambatan dan struktur- struktur lain
3. Mengakibatkankematian
4. Mengakibatkan berlakunya tanah runtuk
5. Mengakibatkan wabak penyakit
6. Menggalakkan pembiakan nyamuk
7. Mengakibatkan bekalan elektrik dan sistem komunikasi terjejas





Tanah Runtuh













Fenomena tanah runtuh merupakan bencana yang tidak asing kepada penduduk Malaysia. Sejarah negara ini telah menyaksikan terlalu banyak kesengsaraan dan penderitaan mangsa malapetaka yang datang tanpa diundang ini. Walaupun maklum dengan bencana di kawasan yang berkecenderungan berlakunya tanah runtuh perlu sedar akan punca- punca dan petunjk kemungkinan terjadinya peristiwa yang ngeri ini.



Definsi Tanah Runtuh



Tanah runtuh secara umumnya didefinisikan sebagai aliran tanah, batu, danpiung mengikut cerun, bermula dari kawasan yang tinggi hingga ke kawasan yang lebih rendah.



Pada kahikatnya, walaupun sering dilihat secara negatif, kejadina tanah runtuh penting kepada pengekalan keseimbangan geologo alam untuk menaburkan semula tanah, mineral, dan bahan mendapan. Perbagai faktor yang mengakibatkan tanah runtuh bersifat semila jadi dan oleh diterangkan dari aspek geofizik. Namun, masyarakatperlu sedar bahawa tanah runtuh bukanlah bencana yang secara keseluruhannya berada di luar wajaran setiap individu. Hal ini kerana, tindakan manusia dalam mengejar pembangunan tanpa menitikberatkan kesan terhadap alam sekitar merupakan punca utama di sebalik kejadian tanah runtuh. Jika diteliti, kebanyakan tanah runtuh yang berlaku terjadi di kawasan yang diteroka.



Pastikan keluarga anda mempunyai pelan kominikasi yang jelas supaya anda berhubung jika terpisah pada masa kecemasan. Tetapkan saudara yang tinggal berjauhan sebagai ‘pusat komunikasi’ agar setiap ahli keluarga dapat mengetahui perkembangan dan keadaan masing- masing. Dapa kebiasaannya, adalah lebih mudah untuk membuat panggilan jarak jauh berbanding panggilan tempatan.



Sekiranya anda tinggal berhampiran dengan kawasan bukit, adalah penting untuk anda berjaga- jaga ketika hujan lebat melanda kerana kebanyakan tanah runtuh berlaku pada masa ini. Pastikan anda peka dengan maklumat terkini daripada stesen radio serta ulasan dan arahkanpihak-pihak berkuasa. Perubahan pada kederasan aliran air, sama ada peningkatan atau penurunan serta perubahan air sungai atau terusan menjadi lebih keruh dan berlumpur menandakan tanah runtuh berlaku berlaku di kawasan berhampiran.



Jika anda syak bahawa tanah runtuh di kawasan anda berlaku hubungi balau bomba, polis atau pejabat daerah tempatan. Beritahu jiran- jiran anda yang mungkin tidak sedar akan bahaya yang dihadapi serta bersedia untuk meninggalkan rumah. Sekiranya anda terperangkap dalam sesebuah bangunan ketika tanah runtuh berlaku, jangan keluar dari bangunan tersebut. Sebaliknya, dapatkan perlundungan di bawah perabot yang berat seperti meja. Bagi yang berada di kawasan yang tidak terlindung, cuba berpindah ke tempat yang tidak berada dalam aliran tanah runtuh, kawasan yang lebih tinggi atau bverlindung di sebalik pokok- pokok atau sebarang struktur yang agak kukuh.




Gempa Bumi










Bagi penduduk Malaysia, kita beruntung disebabkan kita berada jauh daripada kawasan gunung berapi. Malaysia tidak terdedah kepada ancaman bencana alam seperti gempa bumi atau gunung berapi, bagaimanapun kita perlu tahu mengenai bencana alam ini untuk memahami bumi dan alam sekitar kita.



Apa itu gempa bumi.

Gempa bumi merupakan hasil tenaga yang dilepaskan secara mengejut disebabkan perubahan dalam kerak bumi. Perubahan ini menyebabkan tanah bergegar and menghasilkan gegaran yang bergerak keluar daripada titik tumpu gempa. Titik tumpu merupakan lokasi "punca" di dalam tanah di mana tenaga gempa bumi dibebaskan. Lokasi di atas tanah pada titik tumpu gempa bumi dikenali sebagai 'epicenter'.

Gempa bumi lebih kerap dijumpai di kawasan pinggiran plak tetonik, di mana pergeseran antara kepingan kerak bumi atau letupan gunung berapi akan menyebabkan peralihan tanah yang besar. Peralihan tanah yang besar secara mengejut ini akan menyebabkan berlakunya gempa bumi. Antara kawasan yang kerap mengalami gempa bumi adalah sekitar Cincin Api Pasifik. "Pacific Ring of Fire". Lingkaran Cincin Api Pasifik merupakan sempadan pertembungan antara dua plak tetonik. Negara Indonesia yang merupakan jiran Malaysia, turut mempunyai beberapa gunung berapi yang aktif dan kawasan yang berhampiran gunung berapi sering turut mengalami gempa bumi.



Punca gempa bumi.

Gempa bumi terhasil oleh proses alam semulajadi mengejut seperti letupan gunung berapi, dan hentaman meteor. Bagaimanapun gempabumi kebanyakannya disebabkan oleh pembebasan mengejut tekanan yang terkumpul dalam tempoh panjang dalam batu jauh di bawah permukaan bumi. Tekanan ini mungkin berpunca daripada pergerakan plat tetonik sepanjang garis rekahan, dan lantunan glasiar yang dikenali sebagai "isostatic".

Kerak bumi boleh membengkok dan berlipat. Ketika proses ini berlaku, batu-batan yang keras akan pecah kepada blok sepanjang zon lemah. Apabila dua bahagian batu berselisih secara melintang atau menegak, pergerakan ini dikenali sebagai "faulting". "Faulting" boleh berlaku pada skala yang kecil atau berskala besar. "Faulting" pada skala kecil biasanya berlaku jauh di bawah tanah dan tidak kelihatan ketara pada permukaan bumi.

Lantunan "Iisostatic" merupakan satu lagi punca gempa bumi. Lantunan "Iisostatic" merujuk kepada tanah yang terbenam ditindih lapisan air batu yang tebal dan berat, melantun naik semula disebabkan lapisan air batu yang terkumpul di bahagian atas telah cair atau beralih. Pergerakan lantunan "Iisostatic" akan terus berlaku, menyebabkan gempa bumi sehinggalah selagi tekanan sekata tercapai pada kerak bumi.

Gempabumi juga boleh disebabkan oleh aktiviti manusia seperti pembinaan empangan yang berskala besar. Jumlah isipadu air yang terkumpul menyebabkan tekanan tinggi pada lapisan bumi di dasar empangan menyebabkan berlakunya lantunan "Iisostatic" yang menyebabkan berlakunya gempa bumi sehinggalah tekanan sekata tercapai pada kerak bumi.



Bagaimana gempa bumi diukur?

Gegaran seismic yang dihasilkan oleh gempa bumi direkodkan oleh satu peralatan khas yang dipanggil "seismograf". Bacaan daripada 3 seismograf paling minima yang terletak pada lokasi yang berlainan mesti di ukur untuk menentukan titik tumpu gempa bumi. Bacaan seismograf juga boleh digunakan untuk menentukan saiz gempa bumi.

Saiz gempa bumi yang di ukur dengan seismograf diberikan menurut skala Richter. Skala Richter merupakan ukuran logarithmik. Ini bererti gegaran bersaiz 3 skala Richter mempunyai 10 kali ganda lebih kuat berbanding gempa bumi yang bersaiz 2 skala Richter.

Kekuatan gempa bumi boleh di ukur mengikut definasi atau pengalaman manusia dengan menggunakan skala Mercalli yang diubahsuai. Skala Mercalli yang diubahsuai mengukur gempa berdasarkan jumlah kerosakan pada bangunan dan kemusnahan harta benda.

Gempa bumi yang berlaku di dasar laut juga mampu menghasilkan gelombang air laut yang besar yang dikenali sebagai "tidal wave" atau "tsunami". Gelombang ombak besar tsunami ini akan menghentam kampung atau bandar berhampiran dengan laut dan mengakibatkan kerosakan dan kehilangan jiwa yang besar.



Langkah berjaga-jaga.


Bagi mereka yang tinggal berhampiran dengan kawasan gempa bumi, mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi gempa bumi. Bangunan, jambatan, dan empangan yang baru dibina hendaklan mengambil kira untuk menghadapi gempa bumi. Sesetengah bangunan tahan gempa yang dibina mempunyai lapik getah yang besar untuk menyerap gegaran. Sementara sebuah jambatan di Greek direka mempunyai tiang yang teramat besar dan berat bagi menyerap kesan gegaran tanpa runtuh.


Penduduk di kawasan gempa juga perlu mempunyai perancangan awal dan menyimpan peralatan kecermasan seperti lampu picit, bekalan makanan, air, dan bekalan perubatan. Mereka juga dilatih agar tahu apa yang di buat apabila menghadapi gempa bumi. Murid-murid perlu dilatih untuk mencari tempat perlindungan seperti berlindung di bawah meja sekiranya tidak sempat mengosongkan bangunan. Mereka yang bekerja di bangunan tinggi mesti dilatih untuk mengosongkan bangunan dengan pantas sekiranya terdapat amaran mengenai gempa bumi.

Dengan segala latihan dan peralatan yang disediakan, tiada sesiapa pun dapat mengatakan bahawa mereka telah bersedia untuk berhadapan dengan gempa bumi. Gempa bumi merupakan bencana yang berlaku secara tiba-tiba dan manusia hanya dapat bersedia sebaik mungkin dan berharap yang terbaik akan berlaku apabila sesuatu gempa bumi melanda.




Kemarau










Apabila jumlah hujan yang turun menjadi berkurangan dari yang sepatutnya dalam satu jangkamasa yang lama berlakulah kemarau. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada bekalan air malah boleh menyebabkan penyakit.



SEBELUM BENCANA

Tanda Kejadian
Hujan semakin berkurangan atau tiada langsung.
Cuaca semakin panas.
Debu mula kelihatan.



Persediaan
Sediakan bekas-bekas air untuk menyimpan bekalan atau stok
Dapatkan maklumat lanjut dari pihak berkuasa
Jika anda pesakit Asthma sediakan ubat dan bawa sentiasaSEMASA BENCANA

Pakai pakaian yang longgar dan tidak memanaskan
Minum air yang banyak
Kerap berehat dan berada di kawasan yang redup
Jimatkan penggunaan air, jangan membazir
Beri rawatan pertolongan cemas (Kepanasan melampau akan menjejaskan ramai orang) kepada yang memerlukan
Jangan kerap bersiar-siar, kurangkan aktiviti rekreasi
Berjumpa segera dengan doktor jika ada tanda-tanda batuk, selsema atau sakit mata dan tekak
Jangan biarkan air bertakung, nyamuk mudah membiak dan membawa penyakit
Jangan melakukan pembakaran terbuka
Periksa dan pastikan tiada botol-botol kosong, tin atau kaca di kawasan semak yang kering

Jimatkan Air
Bekalan air akan menjadi masalah utama semasa kemarau
Jimatkan penggunaan air, jangan gunakan air sebagaimana sebelum kemarau
Gunakan air untuk perkara-perkara perlu sahaja
Semasa menggunakan air biarkan lebihan air mengalir ke tanah, ini akan membantu kitaran semula sumber air
Sekiranya bekalan air dicatu, sediakan tong kosong untuk mendapatkan bekalan air dari pihak berkuasa

BERTINDAK SEMASA KECEMASAN

Sediakan Peralatan Kecemasan dan letakkan di tempat yang diketahui oleh semua ahli keluarga
Pastikan mereka tahu untuk menutup suis utama bekalan elektrik dan injap bekalan air dan gas di rumah
Beritahu kepada anak-anak cara menghubungi pihak berkuasa semasa berlaku kecemasan

PERALATAN KECEMASAN

Radio kuasa bateri (kecil dan mudahalih), lampu suluh, kasut, baju hujan, wisel, pisau, bateri dan mentol tambahan
Alat Pertolongan Cemas dab ubat-ubatan penting
Makanan dalam tin atau paket (sediakan pembuka tin)
Air minum (air kosong adalah terbaik)
Duit terutama syiling (untuk telefon)
Dokumen penting (Sijil Lahir, Polisi Insurans, Kad Pengenalan dan sebagainya) disimpan dalam bekas kalis air