WARISAN SEJARAH DI KELANTAN
Kesan peninggalan Jepun semasa menjajah Kelantan khususnya dan Malaysia umumnya
(Kampung Jubakar, Tumpat, Kelantan, Malaysia)
Tiang jambatan yang telah musnah.Ianya menyusur ke tengah lautan dan digunakan sebagai pelabuhan oleh Jepun
Bijih besi yang dilombong di Kampung Temangan (Lombong dedah yang agak tersohor semasa penjajahan Jepun). Dibawa dengan keretapi hingga ke Tumpat dan dipunggah kekapal dengan menggunakan jambatan ini.
Pemanangannya agak lesu, dan tidak dipeduli sekarang. Rasanya boleh dijadikan warisan sejarah dunia he.. he.. Di tengah lautan lebih kurang 2 km yang bertentangan dengan jambatan ini terdapat bangkai kapal yang karam yang tersergam dilautan. Saya lihat sekitar tahun 80an . Baru ini bulan ogos 2009 saya cuba amati tapi tiada, mungkin dibolos oleh peminat besi burok.Saya membuat rakaman ini semasa saya membuat ukuran tanah disini.Jikalau ada rakan yang berminat untuk melihatnya bolehlah hubungi saya.